29 Oktober 2011

Pelancaran Blog sempena majlis perkahwinan saya 28/10/11 Bersamaan 2 Zulhijjah 1432 Hijjrah.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
 SALAM UKUWAH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI, BLOG INI DI LANCARKAN 28/10/11 BERSAMAAN 1 ZULHIJJAH 1432 HIJRAH. SEMOGA BLOG INI BERGUNA UNTUK SEMUA DALAM BERKONGSI ISU2 SEMASA, ILMU2 DAN INFO2 YANG BERGUNA BUAT TATAPAN. SEMOGA APA YANG DI BUAT MENDAPAT KEREHDOAAN DARI NYA.. JIHAD BLOGSPOT...
INSYALLAH AMIN YA ROKBAA ALAMIN.

27 Oktober 2011

Amalan BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



Bagi tiap-tiap orang mu'min,ketika akan memulai pekerjaanya diawali dengan membaca Bismillah. Kerana Bismillah diletakkan pada permulaan Qur'an dan Bismillah itu mengandung sekalian rahsia yang halus-halus.Diriwayatkan bahwa sekalian rahasia ilmu ada pada Bismillah.

KELEBIHAN BISMILLAHIRAHMANIRAHIM :.

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 21 kali ketika hendak tidur maka ia aman dari syaitan laknatullah, kecurian, maut mendadak dan bala. 

Barangsiapa membaca 'Basmallah" ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak cerdas dan terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu. 

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 41 kali pada telinga orang yang pengsan maka ia akan segera siuman (sedar). 

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 313 kali dan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. 100 kali pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kearah Kiblat maka Allah s.w.t. memberi rezeki tanpa diduga bersamaan fadhal dan kemurahan Allah s.w.t. 

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 786 kali lalu ditiupkan pada air lalu diminumkan kepada orang yang bebal selama tujuh (7) hari disaat matahari terbit maka lenyaplah kebeballannya dan ia akan hafal apa yang didengarnya. 

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 50 kali dihadapan orang yang zalim atau penguasa yang bengis maka ia akan tunduk atau ketakutan. 

Barangsiapa menulis 'Basmallah" 101 kali diatas kertas lalu diletak disawah padinya maka sawahnya akan subur dan terpelihara dari bencana dan kalau dituliskan pada kain kafan 70 kali maka mayatnya yang berselimutkan kain kafan itu akan aman dari bahaya Munkar dan Nakir juga ia terlindung dari siksa kubur. 

Jika di baca menjelang terbit matahari dan kamu memandangnya, 300x dan sholawat 300x, allah memberi rezki dari arah yang tak di perhitungkan hingga kaya sekali

Jika dibaca di gelas 786x dan di minumkan pada orang yang di cintai, maka mencintainya dengan penuh.

Jika airnya diminum orang bebal selama 7 hari maka akan hilang bebalnya, dan hafal yang ia dengar. 

Jika dibaca setelah solat subuh 2500x selama 40 hari, maka dalam tidurnya akan lihat rahsia yang belum terjadi di masa depan.

Perlindungan Rumah


Salah satu cara untuk melindung rumah dari serangan roh jahat dan penceroboh adalah bacaan ayat kursi 21 kali dekat setiap penjuru rumah di tempat tinggal, ambil tanah kering sampai penuh tangan anda, kemudian mentaburkan tanah tersebut mengelilingi rumah anda seperti bulatan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuumu, laa ta 'khudzuhu sinatuw walaa nauum, lahuu maa fissamaa waati wa maa fil ardhi man dzalladzii yasyfa'u 'indahuuillaa bi idznihii ya'lamu'maa baina aidiihim wamaa khalfahum. Walaa yuhitshuuna bisyai-im min 'ilmihi illaa bimaa syaa-a wasi'a kursiyyuhus samaawaati wal ardha walaa yauuduhuu hifzhuhumaa wahuwal 'aliyyul 'azhiim ( Baca 21x )

Ilmu Membuka Panca Indera Ke 6


Cara lain untuk membuka pacaindera ke 6 @ mata ke 3
semua merujuk dapat melihat alam ghaib


ASTAGFIRULLAH                    > 1000X
ALLAHUMA SHOLLI ALA MUHAMMAD      > 1000X
LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZZHIM      > 1000X
YA ALLAH YA KHODIM     > 1000X
YA LATIF YA KHOBIR         > 1000X
YA BATIN                            > 1000X


-Mengadap kiblat membaca dengan tenang.
-Posisi badan tegak lurus dan bersila.
 Biasanya tubuh akan berasa bergetar itu bermakna tubuh sedang menembusi alam ghaib.
Perhatian : (disarankan supaya buat pendinding diri terdahulu khuatiri ada ganguan iblis)
Insyallah dengan izin Allah terbuka nya mata ke 3.

Pagar atau pendinding rumah


Bismillahirohmanirahim.

Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.
Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:
  • Ini tembok Nabi Sulaiman
  • Dalamnya laut luarnya kota
  • Kalau kamu pecah kota ini
  • Kamu akan berenang dalam laut.
Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillahal-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.

yasin1to9.jpg
Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.
Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.
Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.
Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.